BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERPANTUKAN KOMPUTER


SYAMIMI RASYIDAH BINTI MOKTAR 192953

Assalamualaikum. 

Pertama sekali, dengan segala rasa suka cita dan senang hati, saya ingin menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Prof Normaliza Abd Rahim yang sudah banyak memberi ilmu, tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sekelas dalam kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer semester ini. Semester ini adalah kali pertama saya mengenali Prof Normaliza dan berpeluang untuk belajar dengan beliau. Saya berasa bersyukur kerana berkesempatan dididik oleh Prof memandangkan saya sudah pun berada di semester terakhir saya sekarang iaitu semester 7. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut berkenaan subjek ini, saya ingin bercerita mengenai peribadi Prof terlebih dahulu. Menurut saya, Prof Normaliza sangat berdedikasi dalam mengajar para pelajar dalam memahami dan mengamalkan sebarang tunjuk ajar yang diajarkan sepanjang berbelas minggu kuliah ini berlangsung. Secara peribadi saya selesa dan suka sahaja dengan cara Prof mengajar walaupun tugasan-tugasan yang diberikannya setiap minggu tidaklah di dalam jumlah yang sedikit hehe. Sungguhpun begitu, setiap pelajar haruslah faham bahawa setiap pensyarah mempunyai keinginan untuk melihat anak didik mereka Berjaya menangkap segala yang diajarkan, dan kita juga tahu bahawa ungkapan “practices make perfect” yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi latihan yang berterusan akan membuahkan hasil yang sempurna bukanlah sekadar ungkapan sia-sia tetapi terbukti benar. Prof juga memberi garis panduan yang terperinci dan khusus setiap kali tugasan diberikan kepada pelajar. Hal ini sedikit sebanyak mengajar saya dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk lebih berdisiplin dan membiasakan diri mengikut arahan dalam menghantar tugasan yang mempunyai kriteria dan format yang telah ditetapkan. Prof sentiasa mengingatkan bahawa kami para pelajarnya harus sentiasa membayangkan bahawa kami sedang mengikut arahan klien yang berkeinginan begitu begini dan kami sudah tentu harus mengikuti arahan tersebut. Alam pekerjaan tidak lama lagi yang bakal kunjung tiba sudah tentu menuntut kami semua para penuntut universiti untuk lebih berdedikasi, dan berkebolehan mengikuti segala permintaan yang diberikan oleh klien bagi mengekalkan reputasi baik. Seperti kita tahu, bidang terjemahan sangatlah membawa pulangan yang lumayan jika berkemahiran yang baik serta bijak mengambil peluang, oleh itu kami para pelajar haruslah mempraktis dari sekarang supaya tidak menghasilkan karya terjemahan sesuka hati dan menyebabkan ketidak puasan klien. Selain itu, Prof juga sangat menitik beratkan ketepatan masa dalam setiap sesi kelasnya melalui aplikasi mesyuarat video google meet dan zoom.

Jika hendak dilakukan kira-kira, saya rasa tugasan yang diberikan Prof Normaliza lebih daripada empat puluh lima keseluruhannya, di mana saya tidak pernah mempunyai tugasan untuk satu subjek dalam satu semester dengan jumlah sebanyak ini. Saya mempunyai seorang rakan yang agak rapat, dia sering mengatakan saya dan rakan-rakan yang mengambil subjek ini sangat bertuah kerana dapat belajar pelbagai perkara terjemahan yang dia tidak pernah lakukan. Dengan aktiviti menterjemah perkataan di microsoft excel, saya sedikit sebanyak dapat menambahkan bilangan kosa kata perkataan baharu saya kerana kebanyakan perkataan yang diberikan prof adalah baharu bagi saya. Hasil daripada tugasan yang diberikan Prof juga, saya banyak mendapat ilmu tentang bagaimana menggunakan track changes di microsoft office yang mana sebelum ini saya tidak pernah tahu akan kewujudan sistem ini bagi melakukan pembetulan perkataan atau ayat dengan lebih sistematik dan rapi. Akhir sekali, saya amat gembira dapat menghabiskan semester terakhir saya dengan kelas yang begitu bermanfaat untuk pengajian saya bahkan setelah selesai pengajian saya di Universiti Putra Malaysia. Semoga Prof dan keluarga sentiasa di dalam rahmat Allah.


MINGGU 1

1. BBN3402SATU2020: MINGGU1 EXCEL


MINGGU 2

2. BBN3402SATU2020: MINGGU2 EXCEL

3. BBN3402SATU2020: MINGGU2 CERITA SOSIAL 


MINGGU 3

4. BBN3402SATU2020: MINGGU3 EXCEL

5. BBN3402SATU2020: MINGGU3 PUISI


MINGGU 4

6. BBN3402SATU2020: MINGGU4 EXCEL

7. BBN3402SATU2020: MINGGU4 ALIM

8. BBN3402SATU2020: MINGGU4 PRAKATA & BAB 1


MINGGU 5

9. BBN3402SATU2020: MINGGU5 EXCEL

10. BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL EDITED

11. BBN3402SATU2020: MINGGU5 JADUAL CLEAN


MINGGU 6

12. BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK 

13. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN EDITED

14. BBN3402SATU2020: MINGGU6 UJARAN CLEAN 

15. BBN3402SATU2020: MINGGU6 TESIS


MINGGU 7

16. BBN3402SATU2020: MINGGU7 QUOTATION

17. BBN3402SATU2020: MINGGU7 EXCEL


MINGGU 8

18. BBN3402SATU2020: MINGGU8 BERITA AWANI

19. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER

20. BBN3402SATU2020: MINGGU8 TESIS


MINGGU 9

21. BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)

22. BBN3402SATU2020: MINGGU9 CERITA PENDEK

23. BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

24. BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA


MINGGU 10

25. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)

26. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)

27. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)

28. BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

29. BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

30. BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?


MINGGU 11

31. BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)

32. BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

33. BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

34. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(1)

35. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(2)

36. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(3)

37. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(4)

38. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(5)

39. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(6)

40. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(7)

41. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(8)

42. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(9)

43. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(10)

44. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(11)

45. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(12)

46. BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO(13)

Berikut adalah bukti kehadiran saya:



Comments

Popular posts from this blog