BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)
1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.
Terjemahan Melayu: Saya boleh melihat menerusi pandangan mata anda bahawa anda adalah orang yang baik.
Bukti: Lirik Lagu 1(Keluarga) (Hlm. 19)
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.
Terjemahan Melayu: Seorang kawan itu adalah apabila dia memahami anda tidak kira betapa sulitnya anda mencuba untuk menjelaskan sesuatu keadaan.
Bukti: Lirik Lagu 1(Keluarga) (Hlm. 19)
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgmental towards you.
Terjemahan Melayu: Seorang teman yang baik adalah dia tidak menilai sesuatu perkara tentang diri kamu ssesuka hatinya.
Bukti: Lirik Lagu 3(Saya yang Istimewa) (Hlm. 20)
Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama manusia
Saya dilihat berlainan rupa
4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.
Terjemahan Melayu: Tidak kira bagaimana anda bersedia untuk menghadapi dunia ini, dunia ini tetap akan menguji kebolehan dan kemampuan anda.
Bukti: Lirik Lagu 3(Saya yang Istimewa) (Hlm. 20)
Saya dengan dunia
Belajar berdikari setiap masa
5. Teks Asal: I am willing to share what I have with others.
Terjemahan Melayu: Saya sentiasa sudi untuk berkongsi apa sahaja yang saya ada bersama orang lain.
Bukti: Lirik Lagu 2(Diri) (Hlm. 20)
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.
Terjemahan Melayu: Apa yang saya ada pada hari ini belum tentu menjadi milik saya sekiranya saya tidak bersikap jujur. Bersikap jujurlah dalam setiap perkara yang anda lakukan.
Bukti: Lirik Lagu 2(Diri) (Hlm. 20)
Baik hati nurani
Kuatkan jati diri
Mulia peribadi
Perasaan tenang tidak terperi
7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.
Terjemahan Melayu: Jadilah yang baik hati. Jadilah yang jujur. Sentiasalah bekerja keras dan lakukan yang terbaik.
Bukti: Lirik Lagu 2(Diri) (Hlm. 20)
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
8. Teks Asal: I am full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.
Terjemahan Melayu: Saya seorang yang banyak emosi akan tetapi emosi saya tidak akan memberi kesan negatif terhadap orang lain.
Bukti: Lirik Lagu 3(Saya yang Istimewa) (Hlm. 20)
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi bersama
9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.
Terjemahan Melayu: Walaupun saya menghadapi kesakitan dan kecedaraan emosi dari dalam tetapi saya tetap mencuba yang terbaik untuk tidak membuatkan anda rasa terbeban.
Bukti: Lirik Lagu [4(Saya Tahu) (Hlm. 20)
Saya cuba memahami
Diri saya sendiri
10. Teks Asal: My parents will be happy when I am a better person.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya akan berasa gembira sekiranya saya menjadi orang yang lebih baik.
Bukti: Lirik Lagu 1(Keluarga) (Hlm. 19)
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You...For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Comments
Post a Comment