
BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERPANTUKAN KOMPUTER SYAMIMI RASYIDAH BINTI MOKTAR 192953 Assalamualaikum. Pertama sekali, dengan segala rasa suka cita dan senang hati, saya ingin menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Prof Normaliza Abd Rahim yang sudah banyak memberi ilmu, tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan sekelas dalam kursus Penterjemahan Berbantukan Komputer semester ini. Semester ini adalah kali pertama saya mengenali Prof Normaliza dan berpeluang untuk belajar dengan beliau. Saya berasa bersyukur kerana berkesempatan dididik oleh Prof memandangkan saya sudah pun berada di semester terakhir saya sekarang iaitu semester 7. Sebelum saya menceritakan lebih lanjut berkenaan subjek ini, saya ingin bercerita mengenai peribadi Prof terlebih dahulu. Menurut saya, Prof Normaliza sangat berdedikasi dalam mengajar para pelajar dalam memahami dan mengamalkan sebarang tunjuk ajar yang diajarkan sepanjang berbelas minggu kuliah ini berlangsung. Secara peribadi saya sel...